Follow by Email

Sunday, November 7, 2010

SUKAN PARALIMPIAD MALAYSIA KE 15

Sukan Paralimpiad Malaysia ke 15 akan diadakan di Melaka dari 21 hingga 26 November 2010. Sebanyak 16 jenis sukan telah ditetapkan untuk dipertandingkan semas sukan ini berjalan. Sukan-sukan tersebut akan dipertandingkan di sekitar negeri Melaka seperti berikut:

Olahraga - Stadium Hang Jebat
Renang - Stadium Akuatik Hang Jebat
Boling Padang - Pusat Boling Padang Hang Jebat
Goalball - Dewan Komuniti JBS, Kompleks Sukan Hang Jebat
Tenis Kerusi Roda - Kompleks Sukan Tenis Hang Tuah Jaya
Boccia - Mini Stadium Bistari Hang Tuah Jaya
Badminton - Kompleks Sukan MBMB/MSN, Ayer Keroh
Tenpin Boling - MIBC, Hang Tuah Jaya
Powerlifting - Kompleks Sukan JBS, Ayer Keroh
Futsal - Kompleks Sukan JBS, Ayer Keroh
Berbasikal - Taman Perbandaran Bukit Serindit
Bola Keranjang K. Roda- Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit
Ping Pong - Dewan SMK Seri Kota, Ayer Leleh
Perahu Layar - Marina Awam, Jabatan Laut Malaysia
Petanque - Kompleks Petanque Hang Jebat, Kampong Gelam
Catur - Dewan Bendahara UiTM, Kampus Alor Gajah

Semua persiapan telah pun mula dilakukan dan sehingga kini tidak banyak masalah yang timbul walaupun peruntukan yang begitu kecil diberikan kepada pihak penganjur sebanyak 3 juta. Pihak penganjur akan meneruskan sukan ini walaupun keadaan tidak begitu memihak kepada penganjur. Demi semangat untuk memperjuangkan hak orang kurang upaya untuk mendapatkan hak kesamarataan dalam hidup. Majlis Paralampik Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Melaka terus berusahan untun menentukan sukan ini berjaya. Sama-samalah kita memberikan sukongan kepada sukan ini.

Monday, September 6, 2010

SUKAN PARALIMPIAD MALAYSIA XV

Melaka telah dipilih untuk menjadi tuan rumah untuk Sukan Paralimpiad XV dari 21 hingga 26 Nobember 2010. Walaupun masanya sudah suntuk untuk persiapan sukan ini namun penghormatan hendaklah diberikan kepada Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka kerana masih sanggup meneruskannya. Demi menjaga maruah negeri Melaka, kerajaan negeri akan tetap mengelolakan sukan ini dengan seadilnya sepertiman yang telah dilakukan untuk Sukan Malaysia.

Pada asasnya persiapan untuk mengelolakan sukan ini telah disediakan oleh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang sememangnya mempunyai pengalaman untuk menganjurkan sukan ini setiap dua tahun sekali. Ini adalah kali pertama sukan ini menuruti Sukan Malaysia dimana negeri yang menganjurkan Sukan Malaysia akan juga menganjurkan sukan Paralimpiad Malaysia. Perkara seperti ini telah berlaku dengan Sukan SEA/Sukan Para ASEAN, Sukan Asia/Sukan Para Asia dan Sukan Olimpik/Sukan Paralimpik di peringkat antarabangsa.

Di dalam menuju negara maju 2020 Malaysia tidak boleh meniggalkan orang-orang OKU ini dibelakang. Mereka juga harus maju dan berdaya saing dengan rakan mereka yang normal. Jika kita mengenepikan mereka ini bermakna kita bukanlah negara maju. Islam juga tidak menyuruh kita meninggalkan mereka malah menyeru kita untuk membimbing mereka bersama menuju kejayaan. Negara maju yang ada sekarang ini sentiasa memberikan pendekatan bahawa mereka juga mempunyai hak sama rata dengan orang normal dan mereka juga berhak menuntut keperluan dan hak mereka.

Sebagai persiapan awal, JBS Melaka telah pun mengorak langkah untuk menyediakan segala yang perlu sebagai tuan rumah. Kampong Sukan telah pun dikenalpasti di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu walaupun mempunyai beberapa masalah yang timbul. Semangat setiakawan dari UiTM Lendu amatlah dihargai dan seharusnya mendapat penghargan yang besar dari kerajaan negeri dan UiTM sendiri. UiTM Lendu adalah universiti pertama di Malaysia yang berjaya menjadi tempat penginapan untuk dua sukan yang terbesar dalam negara. Mereka telah mencatatkan satu sejarah dalam sukan tanahair.

Sukan yang telah dikenalpasti untuk Sukan Paralimpiad Malaysia adalah Olahraga, Renang, Powerlifting, Tenpin Boling, Badminton, Boling Padang, Tenis Kerusi Roda, Bola Keranjang Kerusi Roda, Ping Pong, Goalball, Boccia, Bolasepak, Perahu Layar, Catur, Petanque, Berbasikal dan Karum. Kebanyakan sukan ini akan diadakan di UiTM Lendu dan sekitar kemudahan sukan di Alor Gajah seperti IKBN, Komplek Sukan Rakan Muda dan sebagainya. Di Kompleks Sukan Hang Jebat akan diadakan acara olahraga, renang, boling Padang dan badminton.

Sekretariat Sukan Paralimpiad Malaysia, Melaka 2010 akan dibuka pada 22 September ini bertempat di Kompleks Sukan JBS Melaka di Ayer Keroh dan sekretariat teknikal di Stadium Hang Jebat, Terubong. Sekretariat ini akan menempatkan pegawai-pegawai dari MPM dan JBS Melaka. Sekretariat juga ada membuka ruang bagi negeri Pahang untuk menghantar pegawai JBS Negeri atau ahli-ahli PESRON untuk menjadi pemerhati sambil belajar aturcara mengelola (observers program) Sukan Paralimpiad Malaysia kerana Pahang akan menjadi tuan rumah Sukan Paralampiad XVI, Pahang 2012.

Mesyuarat antara JBS Melaka dan MPM telah pun diadakan beberapa kali bagi melicinkan perjalanan sekretariat Sukan Paralampiad ini. Mesyuarat juga telah diadakan dengan pihak UiTM Lendu bagi memastikan tempat penginapan juga bersedia menerima tetamu mereka. Pengalaman mereka mengendalikan Sukan Malaysia sudah tentu memberi kelebihan kepada mereka. Sekretariat juga telah melawat beberapa venue untuk menentukan venue-venue tersebut boleh digunakan. Asesbiliti adalah faktor yang paling penting bagi sukan Paralampiad. Pihak teknikal dari MPM telah melawat dan menentukan asesbiliti ini diambil berat oleh setiap venue yang telah dikenalpasti.

UiTM Lendu juga telah bersetuju akan membekalkan tenaga kerja sukarelawan bagi sukan ini. Pengarah JBS Melaka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada UiTM Lendu kerana telah bersetuju menyediakan tempat penginapan dan tenaga sukarelawan. Ini telah banyak membantu dan meringankan tugas beliau sebagai tuan rumah. Beliau berharap setelah tetbentuknya sekretariat ini nanti maka perkara-perkara lain akan dapat berjalan dengan lancarnya.